Friday, July 30, 2010

Auummm... :O

emm hari jumaat da pun..mengantuk sgt2, ada la officemate teman kat opis sebb die pun mls nak kuar mkn..tu pun kaki ngumpat jugak tu..hahahaha serius ngantuk!! sengaja je membizikan diri supaya ngantuk tu hilang... cepat la ptg, nak g berehat2...nak tido!

entry yg plg pendek...

I JuSt WaNt A HaPpY LiFe =(

p/s nape masih ada org yg tak serik lagi eh?? tetap jugak nak menempel dlm hidup org lain, duk jauh2 blh tak wak???? saya rimas da la dgn awak nih, sengaja nak buh minyak tanah kat hidup org lain buat ape..bukan awak da ada life awak sendr da ker????

Friday, July 16, 2010

Celaru + Merapu

apela perasaan hr nih...tak tau fikir ape, tak tau nak buat ape, tak tau nak decide mcm mane..haish benci perasaan nih..sgt2 tak suka...

1. sgt comftble dgn compny sekrg sebb da dpt tune yg betul..
2. then ada offer yg lagi baik..alhamdulillah..
3. da tak tau nak pilih mcm mane...
4. home6 pulak tapi ekonomi tak berapa baik nih....huhuhuhu
5. da lama menahan nafsu shopping...
6. kadang2 saya tersenyum sendr bila tgk 3 insan yg saya syg sbnarnya tapi insan2 ini tak pernah tau. cuma lihat perkembangan dari jauh..semoga tuhan bagi yang terbaik utk mereka ini..amin..
7. saya penat dgn hp saya sekarang..bila nak dpt tukar hp baru nih....(sebb takde lampu, susah mlm2 nak bc msg!)
8. saya nak satu hari yang saya blh jalan2, jerit2 lepas tensen tapi tak tau dimana dan bila blh dapat suasana mcm tu..
9. saya semakin suka dengar Red Fm sebab lagu semua oldies2..nice!
10. saya tak buat letter ape2 pun lagi..saya tak sampai hati.. :(
11. saya nak rehat..bila la agaknya dapat ekh..
12. haish sy rasa sy merapu nih di ptg2 jumaat..
13. tetiba teringat pulak, ''mane kamu2 nih, mcm rindu nak gado dgn kamu2, tapi sy tau awak ada cuma belum kantoi dgn sy..huhuhuhu''
14. lapar, nak mkn yg best2 boley??
15. penat la, makin lama makin ntah ape2 merapunya pun..huhuhuhuhu



I JuSt WaNt A HaPpY LiFe =(

Thursday, July 8, 2010

Cinta Gila


Cinta Gila - Grey Sky Morning

Saat Indah Bermula...
Terasa Bahagia...
Cinta Yang Lama Terhenti,
Berputik Kembali...
Ada Yang Menghampiri,
Ku Tidak Peduli...
Cinta Ini Cinta Gila,
Untuk Kita Berdua...

C/O
Woo
Tiada Yang Dapat Menghalangnya
Kita Berdua Terus Bercinta,
Selamanya...
I Cant Live..
I Cant Living Without You Oh Baby
Just Only You That My Love..
With Love...

Hanya Kau Ku Miliki,
Yang Tiada Ganti...
Bukan Mimpi Sudah Pasti,
Jiwaku Berseri...
Ada Yang Menghampiri,
Ku Tidak Peduli...
Cinta Ini Cinta Gila,
Untuk Kita Berdua....

Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2009/01/lirik-cinta-gila-grey-sky-morning.html#ixzz0t49DsGbC

sk tgk orng yg blh xprss prsn n htny scr mm, sngt ct dn cml! tp sy cm mmp ntk tngk, nl, tmpg rs dn tmpg snym shj krn sy tk blh bt bgt nnt krn sy yg kn ml sndr..hhhh sll d kn mcm t pn t psl tkd dmn ntk sy xprs p yg d dlm ht sy..hhhh sbb sy prnh bt dn khrny sy yg ml, t sbb tk brn bt lg :) blhkh sy nk tl sm yg sy rs tnp dtgr t dbnth t tk dsk lh rng ln?? sngt trngn...hhh




I JuSt WaNt A HaPpY LiFe =(

Friday, July 2, 2010

Tanda Dia Jodoh Kita (Jus wan 2 sHare..)

Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?
emm buat renungan jer pun, takde kena mengena sama ada yg hidup ataupun yg telah tiada, bukan utk org lain tapi dr sendr..so blh la berfikir2 termasuk juga saya.. :)

(Kredit from : http://www.suri.my/tips-a-petua/lain-lain/247-10-tanda-dia-jodoh-kita.html)

I JuSt WaNt A HaPpY LiFe =(